Thursday, May 21, 2009

Entah lah!

Assalamualaikum. Terasa rajin pula diri ini untuk mengemas kini blog. Mungkin tidak tahu apa yang hendak dilakukan memandangkan Zaujatee pergi berkursus dan Zahratee bersama Tok Ma. Tiba-tiba sahaja idea ini datang.

Semalam saya menerima khabar gembira dari seorang teman, memberitahu kepada saya akan untung nasibnya apabila lamaran beliau diterima oleh pujaan hatinya. Jangan salah sangka! Buah hati yang dimaksudkan ialah syarikat penerbitan buku. Insya-Allah buku sulung beliau berupa sebuah travelog pencarian ilmu akan diterbitkan tidak lama lagi.

Sebelum kemanisan yang dikecapi beliau pada hari ini, sudah berapa dulang kepahitan yang terpaksa ditelan. Janji-janji manis yang dihamburkan oleh kekasih lama membuat diri beliau terseksa. Pelbagai alasan dan dalih diterima membuatkan beliau terasa berputus asa. Namun selepas berjaya memotivasikan diri, akhirnya beliau bangkit dengan kebengangan itu dan seterusnya berjaya meneguk secicip kemanisan ini.

Pernah dahulu beliau mengadu kepada saya akan hal ini. Tapi aku macam biasa akan bersarkastik dalam memberi pandangan, "Engkau Syed, apa ada? MA? Phd? Kau kerja apa? Pensyarah? Engineer? Doktor? Ustaz cabuk macam kau yang bergaji ciput, yang datang ntah dari mana, nak tulis travelong pasal menuntut ilmu mana lah diorang nak pandang. Lain lah kalau kau tu pelajar engineer yang tulis pasal agama. Fuh! Respek habis diaorang. Ataupun selebriti TV ataupun memiliki MA dan Phd." Syed hanya ber"kerang busuk" terkesima mendengar hamburan saya.

Semangnya begitu manusia. Suka sangat benda yang bombastik. Kalau engkau tak hebat, engkau tidak akan dipandang. Apabila tidak dipandang, susah untuk berurusan dengan manusia. Mungkin manusia yang hebat sahaja yang boleh terselamat di dunia ini. Mungkin betul pandangan Darwin "only the strong survive".

Sememang begitu hakikatnya. Pernah dahulu saya menghadiri bengkel penulisan anjuran syarikat penerbitan buku terkemuka. Saya ditanya oleh penceramah tersebut, "Saudara bertugas di mana?" Saya menjawab, "Saya bertugas di Pasir Putih, Kelantan." Beliau bertanya lagi, "Sebagai apa?" "Guru di sekolah agama rakyat," jawab saya ringkas. "Ooo..." jawab beliau.

Selang beberapa lama, penceramah tersebut bertanya pula kepada peserta yang lain. Apa yang menariknya perserta tersebut adalah seorang pelajar tahun akhir dalam bidang kejuruteraan dan akan menyambung pengajian keperingkat sarjana. Alangkah bangganya penceramah tersebut apabila mengetahu seorang bakal jurutera datang ke bengkel penulisan buku agama seterusnya mencalonkan beliau sebagai bakal penulis buku ngetop syarikat penerbitan buku tersebut.

Saya bukan dengki sesama manusia. Cuma terasa jengkel melihat dwistandard dalam melayani manusia. Bukan hanya terjadi kepada saya sahaja. Sekiranya saya melihat orang lain menerima nasib yang sama, saya juga terasa bengang dan marah. Mentang-mentanglah kita ini orang kebanyakan dan bukannya orang kenamaan, mereka layan lebih kurang.

Kejadian sebegini lebih ketara jika berada di hospital. Sebahagian jururawat biasanya amat bermuka-muka dalam melayan pesakit. Jika kita datang ke hospital perstatuskan seorang petani, nantilah kamu semua. Tetapi jikalau seseorang itu berstandard tinggi, mereka akan dilayan dengan layanan "A".

Pernah terjadi kepada Zaujatee apabila beliau pergi melakukan pemeriksaan antenatal. Beliau pernah dilayan sedikit kasar oleh jururawat. Tetapi bila mengetahui akan status Zaujatee, terus menukar topeng menjadi manusia yang paling peramah di atas muka bumi ini. Geram betul melihat gelagat jururawat tersebut.

Hakikatnya saya tidak tahu apa yang hendak ditulis. Lagi pun artikel ini dilabelkan sebagai "sengal-sengal" yang melambangkan kesengalan otak saya. Apa yang pasti persoalan ini selau menghantui fikiran saya. Bila lah agaknya golongan marhaen akan dilayan sama dengan golongan borjuis dan elit.

2 comments:

GuwaSufi said...

salam..

biaselah bro..adat dunia kan..itu pun di kalangan mereka yang penuh mulut bercakap sini sana yg mereka menjunjung etika islami...ape pun bisnes kan, sape yg taknak untung? kalo penulis tu org 'berjenama', mudah laku buku, so penerbit dpt lumayan...

nak cari yg betul2 ikhlas? ada, tapi tidak semudah...mudahan kita menjumpai mereka yg ikhlas itu.

bro...tima kasih sebanyaknya atas tunjuk ajar..buah fikiran..luangan masa..kata semangat..dan juga segala yg sewaktu dengannya yg bro kongsikan dgn aku...Moga Tuhan memandang setiap kebaikkan yg dicurahkan itu :)

Ahmad Saifuddin said...

Kelaziman manusia apabila melihat kemampuan manusia lain melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan. Contohnya, seperti makan mee melalui hidung, berdiri dengan kepala, melukis dengan kaki dan sebagainya. Sebab itu Nabi s.a.w. mengatakan Islam itu Gharib (pelik, asing). Bagi saya, apabila ia pelik, maka ia menjadi perhatian, kebanyakan kita melihat pelik itu satu posisi yang dipinggirkan dalam sabda ini.

Isu penceramah itu tadi, ia memang lumrah manusia. Apabila kebiasaan itu sudah menjadi biasa, maka seseorang itu cuba mencari sesuatu yang dilihat pelik pada kaca matanya, sedangkan apa yang dilihat itu juga biasa. Fathi Yakan, seorang aktivis Islam besar, banyak menulis tulisan Islam seorang jurutera. Ia sudah lama berlaku. Kita cuma manusia biasa, mengapa mesti dibeza-beza. Yang membezakan cuma iman dan taqwa serta amalan kita.