
Tuesday, February 20, 2007
Terima Kasih Cikgu

Saturday, February 10, 2007
Mukjizat Rasulullah-Berpeluangkah kita merasainya?

Umat Islam kini dilanda krisis akidah yang kian meruncing. Umat Islam sekarang tidak lagi menjadikan Islam sebagai cara hidup. Proses modenisasi menjadikan manusia terjerumus ke dalam lembah materialisme dan hedonisme. Hal ini bertambah tenat bila mana umat Islam terpaksa menghadapi fenomena globalisasi yang menyerang dari pelbagai sudut merangkumi agama, politik, sosial dan ekonomi. Tanpa keimanan yang mendalam, manusia mudah terjerumus ke dalam arus kesesatan.
Aspek keimanan tidak lagi dipandang sebagai suatu yang penting. Manakala usaha-usaha bagi meningkatkan lagi keimanan dipandang sepi oleh masyarakat. Iman hanya diperkatakan di masjid-masjid melalui lidah pendakwah serta dari mimbar Jumaat sahaja. Keimanan tidak lagi dihayati dan diamalkan oleh umat Islam dalam kehidupan mereka seharian.
Keimanan merupakan asas yang mengikat hamba dengan Penciptanya serta membuahkan perasaan cinta dan takut kepada Allah s.w.t. Keimanan juga menjadikan manusia taat dalam melakukan ibadat dan sanggup menjauhi maksiat. Maksiat bukan hanya terhad berlaku di rumah-rumah urut dan pelacuran, kedai nombor ekor dan bar sahaja, bahkan maksiat boleh berlaku dalam rumah tangga, sekolah, pejabat, masjid dan negara. Sekiranya para penghuni sesebuah negara beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t, nescaya Dia akan membuka pintu rahmat kepada mereka semua. Firman Allah s.w.t dalam surah al-‘araf ayat 96 maksudnya:
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
Keimanan yang jitu lahir daripada ilmu. Ilmu iman tidak akan dapat diperoleh melainkan dari proses pembelajaran. Insan yang bertanggungjawab mengajar ilmu iman kepada umat manusia adalah Rasulullah s.a.w. Firman Allah Ta‘ala dalam surah al-Jumu‘ah ayat kedua yang bermaksud:
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
Keimanan yang sebenar adalah keyakinan yang bertunjangkan hujah dan dalil yang kukuh. Oleh sebab itu keimanan yang berasaskan taklid mudah terkesan dengan syubhah yang dilontarkan oleh musuh-musuh Islam serta sering terpesong apabila berhadapan dengan cubaan dan dugaan. Keimanan yang sebenar telah ditonjolkan oleh ahli-ahli sihir firaun yang memeluk agama tauhid. Firman Allah Ta‘ala dalam surah Taha ayat 68 hingga 73 maksudnya:
"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kanan mu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada". (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa". Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal". Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakan mu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakan mu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. "Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkan Nya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahala Nya.
Keimanan yang ditonjolkan oleh ahli-ahli tersebut jelas menunjukkan ketinggian tahap keimanan mereka. Semuanya ini terhasil dari penyaksian mukjizat yang diperlihatkan oleh Musa a.s semasa perlawanan baginda dengan mereka. Mukjizat yang jelas berada di hadapan mata, menjadikan keimanan kepada Allah s.w.t adalah lebih utama daripada azab yang diancam oleh Firaun laknatullah. Kisah ini menunjukkan bahawa kemukjizatan memainkan peranan besar dalam pembentukan dan pengukuhan iman.
Setiap Rasul yang diutus oleh Allah Ta‘ala disertai dengan mukjizat yang dapat difahami dan sesuai dengan sesuatu kaum tertentu. Kaum nabi Musa sangat terkenal dengan amalan sihir sehinggakan ahli sihir mendapat tempat yang istimewa dalam kerajaan Firaun. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Musa a.s mukjizat seakan-akan sihir tetapi bukan sihir. Tongkatnya dapat bertukar menjadi ular yang besar sehingga berjaya menundukkan ular yang disihir oleh ahli sihir diraja. Begitu juga dengan kaum Thamud. Mereka terkenal dengan ukiran yang indah dengan memahat bukit untuk dijadikan rumah. Namun Allah Ta‘ala mengurniakan kepada Nabi Allah Salih a.s mukjizat dengan menerbitkan unta dari batu. Begitu juga dengan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda dikurniakan mukjizat al-Qur’an yang mempunyai keindahan bahasa yang maha tinggi nilainya sehingga menyebabkan kaum musyrikin yang pada ketika itu terkenal dengan kefasihan dalam bahasa Arab, gagal untuk mendatangkan sepotong ayat seindah ayat al-Qur’an.
Di zaman sekarang, di era pemodenan dan sains teknologi, al-Qur’an bergerak seiring dengan perkembangan tersebut. Namun sekarang, mukjizat Rasulullah yang telah dinikmati oleh para sahabat seolah-olah tidak dapat dirasakan lagi pada masa sekarang. Walaupun begitu, kita masih lagi bertuah kerana memiliki Al-Quran yang merupakan bukti mukjizat Rasulullah kekal hingga sekarang. Bagi mereka yang fasih berbahasa arab serta tahu selok belok ilmu bahasa arab, mungkin mereka merasai kelazatan ayat-ayat al-Quran. Namun bagi kita yang jahil dalam bahasa yang mulia ini, terkial-kial apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran. Adakah perlu kita mendalami bahasa Arab terlebih dahulu, barulah kita dapat merasai kemukjizatan al-Quran?
Jadi, persoalannya di sini, adakah kita berkesempatan untuk melihat mukjizat Rasulullah s.a.w seperti mana yang telah dikecap oleh para sahabat ridhwanullah. Adakah kita berpeluang untuk beriman dengan Allah dan Rasul seperti mana berimannya para sahabat ridhwanullah? Berpeluangkah kita?
Sunday, January 21, 2007
Sejarah Puasa 'Asyura'-Suatu Dongengan?

Para ulama yang ditanya, hanya menjelaskan tentang disunatkannya puasa pada hari itu. Mengapa? Kerana hari itu adalah hari pertolongan Allah kepada para nabi dalam menghadapi orang-orang zalim.
Pada hari Asyura, Ibrahim lepas dari api Namrud, Yunus keluar dari perut ikan, Musa bebas dari hambatan Firaun, dan Muhammad SAW selamat dari racun orang Yahudi. Kononnya, masih kata para ulama, ketika Nabi Muhammad SAW ke Madinah, baginda menemukan orang Yahudi berpuasa pada hari itu untuk mengenang kemenangan Musa. 'Aku lebih berhak untuk berpuasa daripada kalian,' kata Nabi SAW kepada orang-orang Yahudi. Maka kaum mukmin yang saleh di Malaysia selalu melakukan puasa Asyura sebagi ungkapan syukur atas kemenangan para Nabi.
Perkataan "konon" seolah-olah amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ suatu rekaan dan hadis berkenaan hak orang mukmin ke atas nabi Musa seolah-olah satu dongengan sahaja. Padahal hadis berkenaan kelebihan puasa ‘Asyura' telah dibahaskan dengan panjang lebar oleh para ulama fikah. Sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang memerihalkan sentimen umat Islam di zaman Rasulullah ketika mana mereka melihat kaum Yahudi turut berpuasa pada hari ‘Asyura’ kerana meraikan pelepasan nabi Musa dari kezaliman firaun. Lalu Baginda s.a.w bersabda: "Kami paling berhak ke atas nabi Musa lebih dari kamu (wahai kamu Yahudi)!" lalu baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Hukum ini berjalan sebelum turunnya hukum berpuasa Ramadhan. ( Bukhari, kitab Puasa, bab Puasa Hari ‘Asyura’, bil: 4/213 dan Muslim, kitab Puasa Bab Puasa Hari ‘Asyura’ bil: 1125).
Hadith ini bukan rekaan yang layak disebut "konon" seolah-olah menggambarkan amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ oleh umat Islam Sunni suatu yang tidak berasas dan berdalil. inilah sebenarnya sejarah kenapa Umat Islam disunatkan berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan ianya langsung tiada kaitan dengan peristiwa kasyahidan cucunda Rasulullah s.a.w iaitu Saidina Hussain r.a. Di harap pihak berwajib yang mengendalikan soal-jawab dalam web e-ulama agar taraju' dalam perkara ini. Wallauha'lam.
Saturday, January 20, 2007
Qadhi Muhammad bin Ismail al-'Amraniy

Nama penuh beliau ialah Abu Muhammad, Muhammad bin Ismail bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Husein bin Soleh bin Syai‘ al-‘Amraniy. Dilahirkan di Sana'a pada bulan Rabiul Awwal 1340 hijrah.
Qadhi Muhammad bin Ismail terkenal dengan panggilan al-‘Amraniy walaupun beliau dilahirkan dan dibesarkan di kota Sana'a. Ini kerana keluarga beliau berasal dari daerah ‘Amran, pinggir Sana'a. Moyangnya, Qadhi Ali bin Husein telah berhijrah dari daerah ‘Imran menuju ke kota Sana'a di zaman pemerintahan Imam al-Masur al-Husain (1139H-1162H) pada kurun ke 12 hijrah. Dari saat itulah keluarga al-‘Imraniy berkecimpung dengan dunia keilmuan sehinggakan kaum keluarganya terkenal dengan keluarga ulama. Datuk beliau, Qadhi Muhammad bin Ali al-‘Amraniy merupakan anak murid kepada ulama Yaman yang terkenal iaitu Muhammad bin Ali al-Syaukani rahimahullah. Keterampilan serta kepintaran datuknya mendapat perhatian dari Imam Syaukani sehingga Syeikh al-Islam ini merakamkan keperibadian Muhammad bin Ali al‘Amraniy dalam kitab beliau iaitu Badr al-Thali‘. Begitulah salur galur keturunan al-‘Amrani dalam bidang keilmuan sehingga melahirkan seorang lagi ulama yang disegani di Yaman ini iaitu Qadhi Muhammad bin Ismail al‘Amraniy. Tapi kami memanggilnya dengan syeikh Imrani kerana senang dan lancar di mulut.
Kembara Ilmu
Peringkat Pertama:
Qadhi Muhammad bin Ismail telah bercerita kepada anak muridnya tentang pengalaman pertama dalam menuntut ilmu. Hatinya mula terdetik untuk mencari ilmu apabila ada seorang tua berkata kepada beliau; "kamu ini anak Qadhi Ismail bin Qadhi Muhammad..." yang bermaksud bahawa bapa kamu adalah ulama besar Yaman dan begitu juga dengan datuk kamu. Sejak dari itulah Qadhi al-‘Amraniy telah bergegas ke sekolah rendah al-Fulaihi ketika berumur tujuh tahun. Di situ beliau belajar pelbagai ilmu seperti al-Quran, tajwid, nahu saraf, akhlak, matematik, geografi, ilmu kesihatan dan lain-lain lagi sehinggalah beliau berhasil memperoleh sijil dari sekolah tersebut. Kemudian beliau berpindah ke sekolah al-Islah dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Peringkat kedua:
Pada peringkat inilah kembara ilmunya yang sebenar. Semasa berumur 10 tahun beliau telah berpindah ke Jami‘ Kabir (masjid besar Kota Sana‘a Lama) dan masjid Fulaihi dan belajar al-Quran dengan qari Muhammad bin Ishak, al-Faqih Yahya al-Kibsiy, al-Faqih Husain al-Akwa‘ dan Syed Muhammad bin Hamid al-Dabb.
Kemudian beliau telah menghafal beberapa matan seperti matan al-Azhar (Fiqh Hadawiy), matan al-Kamil (usul Fiqh), matan al-Kafiah (Nahu), matan al-Fiah (Nahu) dan Qawaid al-‘Irab (nahu). Kemudian Qadhi al-‘Amraniy telah melanjutkan pengajiannya dengan beberapa ulama besar Yaman pada ketika itu. Berikut adalah nama guru-guru beliau serta kitab pengajian beliau dengan ulama tersebut:
- Qadhi Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafiy (1387H). Muwatta‘Malik, al-I‘tibar fi Nasikh wa Mansukh, Sunan Nasa’i dan sebahagian besar kitab Subulussalam dan Nailu al-Awtar.
- Qadhi Abdullah bin Abdul Rahman Hamid (1319H). Beliau telah mengajar Qadhi al-‘Imraniy kitab Syarh Ibn ‘aqil, Jawahir Maknun (balaghah), syarh al-Kamil (usul Fiqh) dan sebahagian dari syarah matan al-Azhar dan Qawaid al-I‘rab.
- Sayyed Abdul Karim bin Ibrahim al-Amir (1330H). Beliau adalah pembimbing Qadhi al-‘Imraniy dalam menghafal beberapa matan ilmu di antaranya ialah matan al-Azhar, al-Kamil, al-Kafiyah, al-Alfiyah dan Mulhatu al-I‘rab. Kemudia Qadhi al-‘Imraniy telah belajar dengan beliau beberapa kitab syarah seperti Qatru al-Nada karangan Ibnu Hisyam, Ibnu ‘aqil, Kafil, Mughni Labib, Jawahir al-Maknun dan Syarah al-Tiftazaniy (saraf).
- Qadhi Hassan bin Ali al-Maghribiy (1410H). Ilmu Faraid, syarah matan al-Azhar dan kitab Usul al-Ahkam karangan imam Ahmad bin Sulaiman.
- Qadhi Ali bin Hassan bin Ali bin Husain al-Maghribiy (1948M). Telah mempelajari dari beliau syarah Qatru al-Nada serta Nakhbatu al-Fikr fi Mustalahi Ahli al-Athari karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘asqalaniy.
- Qadhi Abdullah bin Muhammad al-Sarhiy (1318H). Tafsir al-Kasysyaf karangan Syeikh al-Zamakhsyariy.
- Qadhi Abdul Wahhab al-Syamahiy (1375H). Syarah matan al-Azhar.
- Sayyid Ahmad bin Ali al-Kahlaniy (1387H) Syarah al-Azhar, Ghayatu al-Sual, al-Kasysyaf dan Sunan Nasa’i.
- Sayyid Abdul Khaliq bin Husain al-Amir (1370H). Syarah Raudhu al-Nadir, Sahih Muslim dan syarah al-Azhar.
- Sayyid Muhammad bin Ali al-Sirajiy. Syarah al-Ghayah, karangan Husain bin al-Qasim dan syarah ‘umdatu al-Ahkam.
- Al-‘Allamah Muhammad bin Soleh al-Bahluliy (1390H). Syarah Qatr karangan al-Fakihi, Syarah Jawahir Maknun, Syarah Tabari ‘ala al-Kafil fi al-Usul, Syarah al-Talkhis fi al-Ma‘ani wa al-Bayan, Syarah ‘umdatu al-Ahkam, dan permulaan tafsir al-Kashshaf.
- Al-‘Allamah Ali bin Hilal al-Dubabi (1388H). Tafsir al-Kashshaf.
- Qadhi Yahya bin Muhammad al-Iryaniy . Raudhatu al-Nadir, Sunan Abi Daud, al-Bahru al-Zakhkhar dan sebahagian dari kitab al-Kashshaf, al-Ghayah dan Zaadu al-Ma‘ad.
- Al-‘Allamah Ahmad bin Muhammad Zubarah (1421H). Sebahagian dari kitab Syifa’ al-Amir al-Husain, Syarah al-Azhar dan sebahagian besar kitab Subulu al-Salam.
Anak Murid
Anak murid Qadhi Muhammad bin Ismail al-‘Amraniy mempunyai ramai anak murid sehingga sukar dikenal pasti. Bilangannya mungkin mencecah ribuan orang sama ada pelajar dari Yaman mahu pun dari negara-negara lain seperti Indonesia, Malaysia, Somalia, Albania, Cina dan negara-negara Afrika. Adalah tidak keterlaluan sekiranya mengatakan bahawa lebih 50 jenis etnik dari kalangan pelajar-pelajar yang mendalami ilmu dengan beliau di Universiti Iman. Ramai dari kalangan hakim mahkamah syariah Yaman, pendakwah, pegawai kerajaan dan profesor-profesor di universiti Yaman adalah anak murid Qadhi al-‘Amraniy. Ini kerana Qadhi Muhammad adalah tenaga pengajar terpenting di beberapa institut pengajian tinggi di sekitar Sana'a seperti Institut Pengajian Tinggi Kehakiman, Universiti Iman dan Universiti Sana'a. Qadhi Muhammad al-‘Imraniy juga mengajar secara tetap di Masjid al-Zubairi, Sana'a. Namun begitu terdapat beberapa anak murid Qadhi yang menonjol. Di antaranya ialah:
- Qadhi Yahya bin Lutfi al-Faisal rahimahullah. Pengasas dan ketua Maahad Ilmiah Yaman.
- Qadhi Abdul Karim al-‘Arasyi. Pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan seperti Timbalan Presiden Republik Yaman, Ketua Speaker Parlimen Yaman dan yang terakhir ialah sebagai penasihat peribadi bagi Presiden Yaman Ali Abdullah Soleh.
- Doktor Abdul Wahhab al-Dailami. Bekas menteri kehakiman Yaman dan mudir Universiti Iman.
- Syeikh al-‘Allamah ‘Amir bin Hussain bin Abdullah bin Abdul Qadir hafizahullah. Anak murid syeikh dari Syiria.
- Syeikh al-‘Allamah Fadil bin Abdullah bin Murad al-Muradiy al-Salafi al-Rimiy. Graduan pertama Universiti al-Iman.
- Syeikh al-'Allamah Ahmad bin Wazir al-Waqashiy. Graduan pertama Universiti al-Iman.
- Ustaz Ahmad Lutfi bin Akmal Hisyam. Kami panggil dia Qadhi Joe. Seorang yang istiqamah dengan pengajaran syeikh di masjid Zubairi. Ingatannya kuat terutama dalam hafalan hadis.
Tuesday, January 02, 2007
Selamat Hari Raya Haji

Hari ini, dikenali juga dengan hari raya haji kerana sebahagian umat Islam pada hari ini sedang berhimpun di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadat haji, rukun Islam yang kelima.
Hari ini juga dikenali dengan hari raya korban, kerana umat Islam diperintah supaya melakukan ibadah korban, mendekatkan diri kepada Allah I, sebagaimana yang dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim di mana, Allah I memerintahkan baginda menyembelih anak kesayangannya nabi Ismail u
Sejarah membuktikan, nabi Ibrahim u melaksanakan perintah Allah I ini dengan penuh keyakinan dan ketabahan hati serta keikhlasan semata-mata kerana Allah. Keikhlasan baginda ini, mengatasi perasaan rasa sayang terhadap anaknya sendiri. Begitu pula anaknya Ismail dengan rela hati menyerahkan dirinya untuk disembelih demi menjunjung perintah Allah .
Inilah pengorbanan yang amat tinggi yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail alaihimassalam dalam sejarah ketamadunan manusia, kerana mendaulatkan perintah dan hukum Allah ke atas mereka tanpa rasa ragu-ragu, sekalipun ada rintangan dan halangan di sepanjang laluan tersebut.
Melihatkan keikhlasan nabi Ibrahim itu maka Allah menerima amalannya dengan menggantikan penyembelihan anaknya tadi dengan tebusan seekor kibas. Dari peristiwa inilah, maka Allah menggolongkan nabi Ibrahim dalam golongan ‘ulul ‘azmi’ di kalangan rasul.
`
Maka Allah I telah menyelamatkan Baginda u secara mukjizat. Kemudian Nabi Allah Ibrahim u dihalau oleh ayahnya sendiri dan kerajaan yang memerintah tanah airnya. Itulah ia adat orang yang beriman, kerana Allah I telah berjanji bahawa setiap orang beriman sebenarnya pasti diuji. Firman Allah I:
dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
Nabi Ibrahim yang telah berjaya dalam ujian yang pertama, diuji lagi oleh Allah dengan memerintahkan baginda supaya membawa isteri dan anaknya tercinta nabi Ismail ke negeri Mekah yang kering kontang serta tiada penempatan manusia. Apabila anaknya besar, diperintahnya pula supaya disembelih. Kesemua ujian yang getir ini ditunaikan oleh Nabi Allah Ibrahim dengan penuh pengabdian kepada Allah . Inilah pengorbanan agung yang tiada tolak bandingnya.
Nabi kita Muhammad yang merupakan insan yang paling dikasihi oleh Allah, tidak terlepas dengan cubaan dan ujian. Semua ujian tersebut, diharungi oleh Rasulullah dengan hati yang tabah, disertai dengan pengorbanan yang tinggi yang sama sekali tidak mampu ditandingi oleh umat Islam pada hari ini. Bukan sahaja Rasulullah yang menerima penderitaan dan keperitan ini, bahkan tempias kepedihan dan kejerihan ini juga terkena kepada pengikut-pengikut baginda di kalangan para sahabat radiallahu‘anhum. Ada di kalangan mereka yang diseksa dengan dibutakan mata, diletakkan batu di atas dada dan ada juga yang dirampas harta benda. Inilah cabaran yang getir yang terpaksa diterima oleh penyokong perjuangan Islam pada ketika itu. Namun adakah mereka semua berpaling dari agama Allah dengan membeli dunia dengan harga yang rendah? Jawapan tidak sama sekali. Bahkan pengorbanan mereka mendapat penghargaan dari Allah Taala dengan terakamnya kisah mereka di dalam al-Quran al-Karim.
Cubalah kita bandingkan dengan keadaan mereka dengan diri kita pada hari ini? Adakah kita pernah diuji sedemikian rupa? Adakah kita pernah diuji seakan-akan mereka? Ataupun kita langsung tidak pernah diuji oleh Allah? Jika jawapannya tidak pernah maka marilah kita sama-sama mengingati akan firman Allah Subhanahu wa Taala:
Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui Nya tentang orang-orang yang berdusta.
Ayat di atas merupakan satu sindiran dari Allah Taala terhadap mereka yang mengaku beriman dengan Allah padahal mereka belum pernah menerima ujian. Ingatlah saudara-saudara sekalian bahawa, insan yang paling dahsyat menerima ujian, adalah golongan anbia', para solihin serta mereka yang mengikuti jejak langkah para anbia' dan solihin. Sekiranya kita belum pernah menerima ujian, sudah tentu kita bukan dari golongan mereka. Na‘uzubillah.
Ujian pada hari ini bukan sahaja dalam bentuk ujian keperitan dan kesengsaraan. Bukan sahaja ujian yang berbentuk kesusahan dan kejerihan. Tetapi ujian ini juga datang dalam bentuk kemewahan, kesenangan, kebahagiaan keluarga serta kedudukan. Mungkin ramai di kalangan kita sanggup mengharungi ujian kepayahan dan kesusahan. Tapi ramai pula yang tewas dalam menghadapi ujian keduniaan.
Ramai di kalangan kita yang asyik dengan harta, anak isteri, rumah dan kemewahan dengan meninggalkan seruan Allah dalam melaksanakan perjuangan Islam. Perkara ini telah diberi amaran oleh Allah Subhanahu wa Taala dalam firmannya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul Nya dan (daripada) berjihad untuk agama Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan Nya (azab seksa Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).
Ayat dia atas merupakan peringatan dari Allah kepada mereka yang meninggalkan perjuangan menegakkan kalimah Allah, lantaran terlalu asyik dengan kesenangan duniawi. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah agar dijauhkan kita daripada sifat-sifat yang tercela ini.
Perjuangan Islam bukanlah senang seperti yang dijangkakan. Perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah bukan mudah seumpama berjalan di hamparan mewah. Akan tetapi ianya penuh dengan onak duri serta ranjau di sepanjang jalan. Pejuang-pejuang Islam sejak dahulu lagi, sudah lali menerima ujian dan cubaan. Lihat sahajalah apa yang berlaku pada hari, ramai di kalangan penegak kebenaran dan pejuang Islam tersungkur di tengah medan, di tangan penguasa yang zalim dan kejam. Walaupun para pejuang ini mati di mata penzalim, akan tetapi mereka tetap hidup di sisi Allah I:
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki )ali-‘Imran: 169)
Ujian yang biasa dihadapi oleh setiap penegak ad-din, datang dalam pelbagai bentuk. Firman Allah Taala:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
Firman Allahlagi:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
Disebabkan perjuangan menegakkan Islam sebagai cara hidup dipenuhi dengan pelbagai cubaan, maka Allah Taala memerintahkan kita agar bersabar dalam perjuangan suci ini. Firman Allah Taala:
Dan jadikanlah diri mu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandangan mu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Ayat di atas merupakan gesaan Allah Taala kepada kita semua agar sentiasa bersabar dengan golongan yang beribadat kepada Allah yang mana mereka senentiasa menyebut dan menyeru nama Nya di waktu pagi dan petang. Dan janganlah kita semua meninggalkan golongan ini semata-mata memburu habuan dunia. Bimbang-bimbang bukan dunia yang diperoleh, tetapi laknat dan kemurkaan Allah yang didapati.
Di hari yang penuh keberkatan ini saya menyeru kepada diri saya dan saudara saudari sekalian agar berjuang ke jalan Allah dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahu kah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Kewajipan berjihad ke jalan Allah tidak boleh di sangkal lagi. Namun ianya bukan terbatas kepada jihad peperangan semata-mata. Tetapi ianya diamalkan mengikut kesesuaian keadaan semasa. Sekiranya keadaan memerlukan kepada persenjataan maka ia adalah yang lebih utama. Sekiranya tidak perlu, maka hendaklah mengikut saluran yang betul yang telah digariskan oleh para alim ulama. Berjihadlah mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing. Sumbangkan kemahiran yang ada untuk menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Sekiranya ada seruan untuk melakukan pengorbanan baik dari segi harta benda dan jiwa raga, insya-Allah kitalah orang yang pertama menyahut seruan itu.
Thursday, December 21, 2006
Sunday, December 17, 2006
IMAM MAHDI A.S
Imam Mahdi a.s amat sinonim dengan peristiwa akhir zaman. Dengan kebangkitannya, dunia mula menghampiri hujung usianya. Kedatangan Imam Mahdi ke dunia adalah alamat kiamat sudah dekat. Ia merupakan salah satu doktrin Islam yang wajib diimani oleh setiap Muslim kerana ia jelas terdapat dalam sabda Rasulullah s.a.w.
Saya tidak bercadang untuk memperincikan siapa dia Imam Mahdi di sisi Ahli Sunnah wa Jamaah. Tetapi insya-Allah, saya akan mengutarakan secara ringkas pandangan mazhab Syiah terutamanya syiah Imamiah mengenai Imam Mahdi.
“Imam Hasan al-Askari AS telah menyediakan asas sebuah daulah untuk puteranya itu. Beliau AS merahsiakan kelahiran puteranya dan perkara-perkara lain yang berkaitan, kerana Imam AS hidup pada suatu zaman di mana khalifah-khalifah sedang berusaha mencari puteranya dan sentiasa mengawasi Imam Al-Askari AS. Hal ini disebabkan kepercayaan tentang Imam al-Mahdi AS sudah diketahui umum menjadi kepercayaan para Syiah Imamiyyah pada ketika itu. Mereka sentiasa menunggu-nunggu kedatangan pemimpin agung mereka itu. Justeru, Imam Hasan al-Askari AS tidak mendedahkan identiti puteranya itu, maka musuh-musuh Ahlul Bait AS tidak dapat mengenali identiti Imam al-Mahdi AS selepas kewafatan Imam Hasan al-Askari AS".
Fasa kedua ialah Zaman Ghaib al-Sughro (ghaib kecil). Selepas kematian Abu Muhammad al-Hassan bin Ali al-Askari, jawatan Imam dalam mazhab Syiah disandang oleh anak beliau iaitu Imam Mahdi sendiri. Oleh kerana beliau diburu oleh pemerintah 'Abbasiyyah pada masa itu, beliau mengambil keputusan untuk merahsiakan identitinya kepada umum. Namun begitu tugasnya sebagai Imam tidak diabaikan dengan melantik empat orang kanan yang paling dipercayai yang telah melalui beberapa penyaringan yang ketat, untuk dimenjadi perantara di antara beliau dengan pengikut-pengikutnya. Mereka adalah Uthman ibn Sa’id ‘Umari, Abu Ja’far Muhammad ibn Uthman, Abu l-Qasim Husayn ibn Ruh Nawbakhti dan Abu l-Hasan ‘Ali ibn Muhammad Simmari. Mereka inilah perantara di antara Imam Mahdi dengan para Syiah sekiranya berlaku permasalahan yang hendak diselesaikan. Menurut kitab Bihar Anwar karya Allamah al-Majlisi Bab 13 dan 21, para perantara atau pun naib Imam perlu mempunyai tanda dan bukti yang kukuh sekiranya mereka mengaku sebagai utusan dan naib Imam Mahdi. Ayat itu berbunyi:
"Orang ramai sudah pasti tidak mudah menerima empat orang naib Imam tersebut melainkan mereka telah ditunjukkan bukti-bukti luar biasa Sahibu l-Amr untuk mengesahkan bahawa mereka itu adalah dipercayai dan betul, walaupun mereka menerima empat tokoh ini sebagai peribadi yang tsiqah dan tidak meragui mereka dalam iman, ketaqwaan dan ilmu pengetahuan"
Wakil khas ini hadir menemui Imam Zaman AS bagi menyerahkan soalan-soalan atau masalah-masalah yang dihadapi oleh ilmuwan Syiah dan beliau AS telah menjawab soalan yang dianggap penting dalam bentuk surat dan dikirimkan melalui wakil tersebut. Dalam surat-surat ini perkara yang penting dan masalah yang sukar yang dihadapi oleh Syiah telah dijawab oleh Imam AS.
Selepas itu tiba fasa ke tiga iaitu zaman Ghaib Kubra di mana pada ketika ini Imam Mahdi telah ghaib dari pandangan umum dengan kehendak Allah Taala demi melindungi beliau dari ancaman hebat pemerintah. Oleh itu tamatlah peranan naib khas Imam. Jika ada sesiapa yang mendakwa sebagai wakil atau naib Imam, maka mengikut pengisytiharan Imam Mahdi AS sendiri, dakwaan tersebut adalah palsu..
Ayahandanya, Imam Abu Muhammad al-Hassan al-'Askari berkata: "Seakan-akan aku melihat selepas ku akan berlaku ikhtilaf di kalangan kalian tentang Imam selepas ku. Barang siapa yang menerima Imam selepas Rasulullah s.a.w tetapi menolak putera ku adalah seperti seseorang yang menerima semua para anbia' tetapi menolak Nubuwwah Muhammad s.a.w, Rasulullah s.a.w. Dan barang siapa yang menolak (Muhammad s.a.w) sebagai Rasulullah adalah umpama ingkar kepada seluruh anbia' Allah kerana ketaatan kepada yang terakhir daripada kami adalah umpama taat kepada yang awal daripada kami dan ingkar kepada yang akhir daripada kami umpama ingkar kepada yang awal daripada kami. Bahawa sesungguhnya putera ku akan ghaib di mana pada ketika itu akan ada di kalangan manusia yang jatuh ke dalam keraguan kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah Taala." (Ithbatu l-Hudat, as-Shaykh Hurr al-Amili, Jilid VI, hlm. 427)
"Aku adalah al-Qa'im bi l-Haqq tetapi al-Qaim yang akan menghapuskan musuh-musuh Allah daripada muka bumi ini dan akan memenuhi muka bumi ini dengan keadilan adalah keturunan ku yang kelima. Justeru beliau bimbang akan keselamatan dirinya, beliau akan ghaib untuk jangka masa yang panjang di mana pada jangka masa itu ada kaum yang murtad tetapi ada juga yang akan berpegang teguh kepada (aqidah) mereka." (Ithbatu l-Hudat, as-Shaykh Hurr al-Amili, Jilid VI, hlm. 417)
Seterusnya fasa keempat di mana Imam Mahdi akan dibangkitkan di akhir zaman dengan membawa revolusi murni serta kerajaan yang adil. Di masa itu musnahlah segala kezaliman dan tertegaklah keadilan, kemakmuran dan kebahagiaan.
Menurut artikel ini lagi Imam Hassan r.a telah menjelaskan berkenaan dengan kerajaan Imam ke Dua Belas iaitu Imam Mahdi dengan berkata:
"Tidakkah anda ketahui bahawa setiap seorang daripada kami (Imam) mempunyai tanggungjawab untuk mengambil bai'ah daripada pemerintah yang zalim pada zamannya kecuali al-Qa'im di mana Ruhullah Isa as akan bersembahyang di belakangnya dan Allah SWT akan merahsiakan kelahirannya dan menyembunyikannya (ghaib). Apabila dia muncul nanti, ia tidak akan mengambil bai'ah daripada sesiapapun. Dia adalah keturunan yang kesembilan daripada saudaraku Husayn, putera daripada Puteri yang ditawan. Allah SWT akan memanjangkan usianya pada ketika ghaibnya, dan dengan KuasaNya yang Maha Sempurna, dia akan muncul kembali sebagai orang muda kurang daripada 40 tahun supaya orang ramai mengetahui bahawa Allah SWT Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu." (Muthakhabul Athar, Lutfullah Safi Galpayagani Bahagian II, Bab 4)
Dari fakta di atas, jelas kepada kita bahawa Imam Mahdi mengikut pandangan Syiah telah lama wujud sejak pemerintahan 'Abbasiyyah lagi kemudian dighaibkan oleh Allah lalu dibangkitkan pada akhir zaman.
Namun begitu, fakta di atas sangat bertentangan dengan apa yang diimani oleh umat Islam Sunni. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud "sekiranya umur dunia ini berbaki sehari sahaja, maka Allah Taala akan memanjangkannya, lalu dibangkitkan seorang lelaki dari kalangan ku ataupun dari keluarga ku di mana namanya menyamai nama ku dan nama ayahnya sama dengan nama ayah ku...." adalah contoh di mana Imam Mahdi mazhab Sunni berbeza dengan Imam Mahdi yang diyakini oleh mazhab Syiah.
Berpandukan kepada hadis di atas tadi, Imam Mahdi Sunni mempunyai nama yang sama dengan nama baginda nabi Muhammad s.a.w iaitu Muhammad bin Abdullah. Manakala Imam Mahdi versi Syiah ialah Muhammad bin al-Hassan al-'Askari. Syeikh Muhammad Syamsul Haq al-'Azim Abadi telah menghurai hadis Abu Daud dengan berkata:
"(hadis ini) merupakan sanggahan terhadap Syiah yang mengatakan bahawa al-Mahdi yang dijanjikan ialah Muhammad bin al-Hassan al-'Askari".
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud tadi, jelas kepada kita bahawa apa yang didakwa oleh pengikut-pengikut Syiah bahawa Imam Mahdi itu ialah Muhammad bin al-Hassan al-'Askari adalah tidak benar kerana ianya bercanggah dengan nas hadis nabi itu sendiri. Apa jua perkara yang bercanggah dengan hadis, maka secara automatik ditolak dan tidak diterima pakai. Persoalan pokoknya iaitu nama sebenar Imam Mahdi pun sudah bercanggah, apatah lagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengan keghaiban dan kebangkitan Imam Mahdi versi Syiah, dengan sendirinya tersangkal.
Disediakan oleh:
Ben Hassan Ahmed
Sunday, November 19, 2006
Cuti-cuti Kampung (Ntah Hape-Hape)

Friday, November 17, 2006
globalisasi

Answer: Princess Diana's death.
Question: How come?
Answer: An English princess with an Egyptian boyfriend crashes in a French tunnel driving a German car with a Dutch engine,driven by a Belgian who was drunk on Scottish whisky,
followed closely by Italian Paparazzi,on Japanese motorcycles; treated by an American doctor, using Brazilian medicines. This is sent to you by a Malaysian, using Bill Gates 's technology, and you're probably reading this on your computer, that use Taiwanese chips, and a Korean monitor, assembled by Bangladeshi workers in a Singapore plant, transported by Pakistan lorry-drivers, hijacked by Indonesians, unloaded by Sicilian longshoremen, and trucked to you by Mexican illegal's.....
That, my friend, is Globalization.
di"copy paste" dari situs http://ahas.multiply.com/journal/item/45
Saturday, November 11, 2006
DUNIA YANG SEMAKIN BINGUNG
Assalamualaikum. Mungkin terlalu lewat bagi saya untuk memperkatakan sesuatu mengenai apa yang berlaku di Palestin dan Lebanon. Umat Islam di kedua-dua negara ini telah mengalami mala petaka yang maha dahsyat. Negara mereka diserang oleh rejim Zionis tanpa menghiraukan sentimen diplomatik kenegaraan. Sementara negara-negara Islam lain hanya mengambil pendirian mengutuk tindakan Zionis yang kejam itu. Walau pun berpuluh-puluh kutukan diterima oleh Yahudi namun semakin galak pula mereka menjarah bumi Palestin dan Lebanon. Pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia hanya memerhati bencana ini dari jauh dan hanya bertindak mengecam perbuatan zalim Yahudi. Lagak mereka tak ubah seperti kita mengutuk watak jahat dalam cerita-cerita Hollywood. Mereka hanya mampu bercakap tetapi tidak pernah terfikir untuk bertindak. Fitnah yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin negara yang bermazhab sunni seolah-olah menggambar betapa buruk dan bejatnya pemimpin-pemimpin sunni yang hanya tahu membesarkan poket dan perut masing-masing.Saya hanya memetik sebahagian dari surat ini, sekiranya kawan-kawan semua sanggup membaca cercaan demi cercaan yang dilemparkan kepada Sayidina Umar, saudara-saudara boleh mendownloadnya di laman web yang saya berikan tadi.
Monday, September 04, 2006
Biblioholisme
Dulu-dulu (awal bulan Mei) masa saya dah jadi pasif dalam penulisan ni, saya terbaca akhbar KOSMO yang bertarikh 3 Mei 2006 yang menyiarkan artikel mengenai dunia biblioholisme. Artikel ini ditulis oleh Shahrom TM Sulaiman di mana beliau adalah seorang pensyarah yang sedang bertugas di UITM. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang kepustakawanan dan pernah bertugas sebagai pustakawan di Perpustakaan Negara Malaysia selama 10 tahun.
Antara buku-buku yang menceritakan tentang dunia biblioholisme adalah Biblioholism: The literary Addiction (2001) oleh Tom Raabe, A Gentle Madness: Bibliophiles, Bibliomanes and the Eternal Passion for Books (1999) dan Patience and Fortitude (2003) karangan Nicholas A. Barbanes. (Tapi sayang semua buku ini dalam bahasa Inggeris dan aku cukup bebal dengan bahasa ini).
- Pernah membeli buku yang diminati sebanyak dua kali
- mengutamakan toko-toko buku dari kedai-kedai lain ketika pergi ke pusat membeli belah
- dalam beberapa situasi pernah seseorang itu tidak mengingati jumlah buku yang dimiliki dan berapa wang yang dibelanjakan untuk membeli buku.
- sanggup menukar hajat membeli dari membeli barang keperluan lain dengan membeli buku sehingga terjejas bajet bulanan.
- pernah berjaya mendapatkan buku yang dihajati ketika pekerja toko buku gagal mencari atau mendapatkannya.
- memegang buku serta membacanya apabila ada iklan semasa menonton televisyen.
- tidak menyedari bahawa dia telah membeli terlalu banyak buku dan disimpan di perpustakaan peribadi tetapi tidak sempat membacanya.
- mengembara dan bertugas di luar daerah tanpa pernah melupakan buku di dalam beg.
- mendapat teguran dari orang terdekat kerana terlalu banyak membeli buku sehingga beranggapan tiada benda lain yang lebih penting melainkan buku.