Wednesday, December 16, 2009

Sains Wahana Pemantapan Iman


Saya amat teruja dengan istilah Buccailisme. Ia merupakan satu term yang merujuk kepada golongan yang gemar mencari kesinambungan ayat al-Quran dengan sains seperti mana yang telah diusahakan oleh Professor Dr. Maurice Buccaile .Saya beranggap bahawa penglabelan sebegini membawa kepada intepretasi yang negatif. Ini kerana isme ini sering dikaitkan dengan aktiviti tumpang sekaki yang mana al-Quran menumpang fakta sains.Pendapat ini adalah hasil pemikiran dari tulisan Prof. Shaharir yang disiarkan dalam http://www.majalahsains.com.


Apa yang saya dapat perhatikan Dr. Maurice Buccaile bukanlah individu yang merintis pemadanan fakta sains dengan al-Quran. Ini kerana terdapat sebuah kitab yang berjudul al-Islam Yutahadda karangan Wahid al-Din Khan telah diterbitkan pada kali pertama dalam bahasa Urdu pada tahun 1966. Sedangkan penemuan Dr. Maurice Buccaile hanya diwacanakan selepas pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Data Fisiologi dan Embriologi dalam al-Quran” yang diadakan pada 9 November 1976.

Saya lebih cenderung kepada membenarkan adanya sumbangan Dr. Maurice Buccaile dalam ilmu sains al-Quran. Menurut Syeikh al-Zindani, beliau telah diberikan penghormatan oleh kerajaan Mesir untuk membedah mayat firaun. Apa yang menakjubkan adalah beliau mendapati terdapat kandungan garam yang tinggi dalam badan firaun dan tulang belulang firaun remuk dah hancur seakan menerima tekanan yang tinggi. Dari hasil pembedahan beliau, ia membuktikan bahawa cerita firaun yang Allah datangkan dalam al-Quran 1400 tahun dahulu adalah benar dan ia dapat dibuktikan secara saintifik pada masa sekarang. Apa yang menguntungkan, penemuan ini dieksplorasi oleh saintis barat yang tidak beriman dengan Allah. Apabila mereka berdepan dengan fakta sains dan ayat al-Quran, mereka menjadi dungu dan kebingungan umpama ahli sihir firaun tatkala melihat mukjizat Musa a.s.

Sekiranya penemuan sebegini dijumpai oleh saintis Islam, sudah tentu mereka akan dituduh bias kepada agama Islam. Namun begitu ia adalah janji Allah kepada golongan kuffar untuk memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan Allah di segenap penjuru alam dan dalam diri manusia itu sendiri, sehinggalah mereka terpaksa mengakui bahawa al-Quran itu adalah Haq.

Namun menjadi persoalan bagi kita apakah pentafsiran kepada sains Islam?Adakah sains Islam ini:

1. teknologi atau penemuan baru yang dihasilkan oleh umat Islam melalui kajian saintifik berdasarkan metodologi yang dirangka oleh saintis muslim?

2. berkaitan dengan kosmologi, metafizik dan falsafah?

3. hasil pembuktian sains yang menambahkan keimanan mukmin kepada Allah?

Sekiranya takrifan itu pada yang pertama, maka saya melihat ia suatu boleh dilihat dalam dimensi pelbagai. Tidak dinafikan umat Islam sekarang hanya menggunakan teknologi serta “menumpang” penemuan saintis barat. Namun begitu, kedatangan Rasulullah yang membawa Islam ke dunia ini tidak terlalu mementingkan kemajuan material serta penemuan baru bagi keselesaan hidup di dunia. Sekiranya ia merupakan salah satu agenda Rasulullah ke dunia ini, sudah pasti Rasulullah akan menghasilkan baka tamar yang bermutu tinggi yang dapat dinikmati oleh umatnya. Atau baka kuda berkualiti yang dapat digunakan dalam peperangan. Saya tidak anti kemajuan, tetapi janganlah kita terasa kecewa bila mana tiada umat Islam yang dapat menghasilkan teknologi yang bersifat material. Kita sering di war-warkan akan zaman kegemilangan Islam adalah di Andalus ketika ledakan ilmu sains memuncak. Sedangkan zaman kegemilangan Islam yang sebenar ialah pada zaman Rasulullah, sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin.

Manakala penemuan baru dalam bidang sains diterokai oleh barat, ia patut dilihat dari sudut positif. Sekiranya ia bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah, maka ia merupakan kemenangan bagi umat Islam. Sudah tentu hasil usaha mereka, tidak akan dinafikan oleh mereka sendiri. Benarlah firman Allah dalam surah Fussilat ayat 53:

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Sekiranya definisi sains Islam pada yang kedua, maka ia hanya dapat dinikmati oleh minoriti sahaja.

Jika definisi sains Islam pada yang ketiga, maka itulah yang diperjuangkan oleh ramai ulama dan inteligensia muslim.


Walaupun dunia melihat saintis Islam hanya sebagai pengguna sains barat, namun terdapat pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh saintis Islam. Sebagai contoh, saintis Islam di Republik Yaman telah membuat ujikaji terhadap ‘ajbuzzanab (Coccyx) dan rasionalnya arahan Rasulullah agar menyelam lalat bila mana ia jatuh ke dalam minuman.


Saintis UM sendiri membuat kajian berkenaan hikmah solat. Saya amat merindui kajian ilmiah seperti ini dan bukannya sains metafizik yang boleh mengelirukan umat Islam. Saya beranggapan kajian dari UM inilah yang satu-satunya dapat dibanggakan oleh umat Islam kerana ia membenarkan kebenaran Islam. Saya amat-amat mengharap saintis muslim Malaysia akan lebih banyak menjalankan kajian berdasarkan al-Quran dan Sunnah agar sains itu menjadi alat untuk menambahkan keyakinan kita kepada Allah dan Rasul.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Syeikh,

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Alhamdulillah. Ana diberikan peluang oleh Allah untuk menuntut ilmu dengan salah seorang pelajar Syeikh Abdul Majid az Zindani di Masjid Nabawi untuk beberapa tahun ini.

Begitu juga, beliau mengajarkan ilmu I'jaz Ilmi dalam al-Qur'an dan as-Sunnah dalam beberapada daurah yang beliau adakan.


Salah satu faedah yang ana dapati daripada beliau ialah faktor berkembang kajian mengenai penemuan2 yang mengukuhkan al-Qur'an dan as-Sunnah daripada saintis dan pengkaji bukan Islam.

Katanya: "Allah ta'ala menyebutkan dalam al-Qur'an

سنريهم ءاياتنا في الآفاق ...الآية

Ayat ini menyebutkan bahwa Kami(Allah) akan menunjukkan mereka iaitu orang kafir tanda-tanda Kami pada alam.

"Mereka" dalam ayat ini adalah orang kafir. Dan ini merupakan mukjizat al-Qur'an juga bahawa penemuan2 ini ditemui oleh orang kafir.

Allah tidak menyebutkan "Kami akan menunjukkan kamu" wahai orang beriman. Ini salah satu faktor kenapa lebih banyak penemuan sains daripada bukan Islam.

Ini antara faedah yang ana dapati daripada beliau.

Jazahullahu khairan 'anna wa anil muslimin

Faiez Drdeen said...

Salam Ya Aam,kef Haalak?..TAMAM?