Saturday, November 11, 2006

DUNIA YANG SEMAKIN BINGUNG

Assalamualaikum. Mungkin terlalu lewat bagi saya untuk memperkatakan sesuatu mengenai apa yang berlaku di Palestin dan Lebanon. Umat Islam di kedua-dua negara ini telah mengalami mala petaka yang maha dahsyat. Negara mereka diserang oleh rejim Zionis tanpa menghiraukan sentimen diplomatik kenegaraan. Sementara negara-negara Islam lain hanya mengambil pendirian mengutuk tindakan Zionis yang kejam itu. Walau pun berpuluh-puluh kutukan diterima oleh Yahudi namun semakin galak pula mereka menjarah bumi Palestin dan Lebanon. Pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia hanya memerhati bencana ini dari jauh dan hanya bertindak mengecam perbuatan zalim Yahudi. Lagak mereka tak ubah seperti kita mengutuk watak jahat dalam cerita-cerita Hollywood. Mereka hanya mampu bercakap tetapi tidak pernah terfikir untuk bertindak. Fitnah yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin negara yang bermazhab sunni seolah-olah menggambar betapa buruk dan bejatnya pemimpin-pemimpin sunni yang hanya tahu membesarkan poket dan perut masing-masing.

Timbul penyelamat umat Islam di akhir-akhir ini yang kita semua tahu iaitu HIZBULLAH. Hizbullah adalah parti politik di negara Lebanon yang bermazhab Syiah. Tidak dapat diketahui mazhab Syiah apa yang dipegang oleh Hizbullah sama ada Imamiyah, Ismailiyyah, Ithna 'Asyariah atau pun Zaidiyyah. Saya rasa mungkin mereka ini bermazhab Imamiyah. Sebelum itu kita semua teruja dengan semangat 'rebel' yang ditunjukkan oleh Iran dalam isu nuklear yang membuatkan kerajaan Amerika dan sekutunya bingung dan bengang. Martabat Islam seolah-olah diangkat oleh Iran yang bermazhab Syiah. Ditambah pula dengan Revolusi Iran yang dahulunya didukung oleh kepimpinan Imam Khomeini berjaya menyingkirkan Shah Iran yang merupakan boneka sekular. Semua peristiwa yang disebutkan menyebabkan kita semua merasa bahawasanya Islam bermazhab Syiah adalah suatu mazhab yang kuat dan digeruni oleh musuh Islam. Dengan kejayaan-kejayaan inilah menyebabkan pemimpin-pemimpin Islam Sunni dilabelkan sebagai bacul dan pengecut dan hanya pandai membuncitkan perut masing-masing. Kita yang bermazhab Sunni pun turut terasa bahawa Syiah adalah satu mazhab yang benar, berani dan radikal. Pelik sahabat-sahabat sekalian. Kita yang mengetahui dan mempelajari bahawa akidah Syiah adalah menyimpang dari landasan Islam, tiba-tiba kita mengangkatnya menjadi wira umat Islam. Banyak perkara yang kita semua perlu perhatikan dari pelbagai sudut. Bagi yang tipikal, sudah tentu menganggap bahawa Syiahlah wira umat Islam. Tetapi bagi mereka yang tahu tentang seluk-belok politik dunia sudah tentu dapat menjangkakan bahawa di sana terdapat agenda tersembunyi dari setiap perkara yang ditonjolkan.

Sahabat-sahabat semua. Marilah sama-sama kita perhatikan pendapat wira umat Islam ini tentang sahabat Rasulullah. Di sini saya petik satu petikan dari buku Thummah Tadaitu (kemudiannya aku beroleh hidayah) karangan Tijani yang saya muat turunkan dari laman web Syiah iaitu http://almawaddah.orgfree.com, ayatnya berbunyi :

(Bersabda Nabi SAWA,"Aku akan mendahului kalian dan akan menjadi saksi kepada kalian. Demi Allah aku kini melihat Haudhku (telaga di syurga) dan aku juga telah diberikan kunci kekayaan bumi (atau kunci bumi). Demi Allah aku tidak khuatir kalian akan mensyirikkan Allah setelahku, tetapi aku khuatir kalian akan bersaing untuknya (dunia)"

Sungguh benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAWA. Mereka telah bersaing dan berlumba-lumba untuk dunia ini sehingga pedang-pedang mereka dihunuskan, berperang, dan saling mengkafirkan. Sebahagian sahabat yang besar menimbunkan emas dan perak. Para ahli sejarah seperti al-Masu'di di dalam kitabnya Muruj az-Zahab dan Tabari dan lain-lainya lagi mencatatkan bahawa kekayaan Zubair sahaja mencapai lima puluh ribu dinar, seribu ekor kuda, seribu orang hamba sahaya dan sejumlah tanah di Basrah, Kufah, Mesir, dan lain-lain lagi. Dan Talhah mempunyai kekayaan pertanian di Iraq di mana setiap harinya menghasilkan seribu dinar, konon lebih dari itu. Abdul Rahman bin Auf mempunyai seratus ekor kuda, seribu unta, dan sepuluh ribu kambing. Sesuku dari seperlapan hartanya yang dibahagi-bahagikan kepada isterinya selepas meninggalnya mencapai lapan puluh empat ribu. Ketika Uthman bin Affan meninggal dunia, beliau telah meninggalkan sejumlah seratus lima puluh ribu dinar, tidak terhitung binatang ternak dan tanah-tanah subur tidak terkira. Emas dan perak yang ditinggalkan oleh Zaid bin Thabit sedemikian banyaknya sehingga harus dipecahkan dengan kapak. selain dari harta dan tanah yang bernilai seratus ribu dinar.

Demikianlah sebahagian contoh yang dapat kita lihat di dalam sejarah. Kita tidak bermaksud membahaskannya secara terperinci dan cukup sekadar sebagai bukti betapa mereka tergoda oleh kemewahan dunia dan kenikmatannya.)

Cuba pula sahabat-sahabat perhati dan baca terjemahan surat yang kononnya ditulis oleh Sayidina Umar kepada Muawiyah radiallahu'anhum. Surat ini juga saya download dari laman web Syiah yang saya sebutkan tadi di bawah tajuk: SURAT KHALIFAH UMAR KEPADA MU'AWIYAH. Mari kita sama-sama baca dan amati:

(Bismi l-Lahi r-Rahmani r-Rahim. Sesungguhnya beliaulah yang telah memaksa kami dengan pedang (nya) supaya melakukan ikrar terhadapnya, maka kamipun melakukan ikrar tersebut. Sedangkan dada (kami) berdebar, jiwa (kami) bergelora. Niat dan bisikan hati (kami) meragui dakwahnya kepada kami (al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111; Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14 ), tetapi kami telah mentaatinya mengenainya, kerana mengelakkan pedangnya ke atas kami (Ata‘naa-hu raf‘an li-suyufi-hi ‘alai-na). Apatah lagi semakin bertambahnya bilangan kabilah dari Yaman yang akan menentang kami. Dan sokongan daripada mereka yang telah meninggalkan agama mereka di kalangan Quraisy. Maka aku bersumpah dengan Hubal, semua berhala, al-Laata dan al-‘Uzza bahawa Umar tidak pernah mengingkarinya semenjak beliau menyembahnya! (Fa-bi-Hubalin uqsimu wa l-Asnaam,wa l-Authaan wa l-Laata wa l-‘Uzza ma jahada-ha …. muz ‘abada-ha) , tidak pernah menyembah Ka‘bah sebagai Tuhan, tidak pernah membenarkan perkataan Muhammad dan keluarganya (wa la ‘abada li l-Ka‘bah rabban wa la Saddaqa li-Muhammadin wa Ali-hi qaulan). Aku tidak memberi salam kepadanya melainkan untuk mengelakkan diri dari kebengisannya. Sesungguhnya beliau (Muhammad s.a.w) telah mengemukakan kepada kami sihir yang besar. Sihirnya telah melebihi sihir Bani Israil bersama Musa dan Harun, Daud dan Sulaiman dan anak lelaki ibunya Isa.)

Saya hanya memetik sebahagian dari surat ini, sekiranya kawan-kawan semua sanggup membaca cercaan demi cercaan yang dilemparkan kepada Sayidina Umar, saudara-saudara boleh mendownloadnya di laman web yang saya berikan tadi.

Sedih kawan-kawan, sedih. Kita terpaksa mengangkat golongan yang menghina para sahabat sebagai wira umat Islam semata-mata mereka berani berjuang melawan Yahudi dan Amerika. Kita terpaksa akur dengan segala tuduhan-tuduhannya yang dilemparkan kepada para sahabat semata-mata semangat juang yang ditunjukkan oleh mereka. Kita juga terpaksa mengetepikan hadis nabi yang mengatakan 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah semata-mata mereka membela umat Islam. Kita terpaksa menolak hadis nabi yang menyatakan bahawa semua ahli Badar diampunkan oleh Allah di akhirat kelak.

Sedih kawan-kawan, sedih. Aku bingung dengan dunia sekarang. Aku terpaksa sokong mereka yang menghina para sahabat nabi. Apa yang menyedihkan lagi ada sesetengah golongan membandingkan jasa penganut Syiah dengan pemimpin-pemimpin Sunni. Sememangnya betul mereka ini bacul, penakut, pengecut dan lain-lain lagi, tetapi kenapa kita yang mengaku Sunni terlalu bermegah-megah dengan mereka yang menghina para sahabat? Kenapa saya menyatakan bahawa perkara menghina dan mengkafirkan sahabat ini suatu perkara yang sangat serius. Ini kerana kita terpaksa menidakkan hadis nabi s.a.w mengenai kemuliaan 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah serta kelebihan ahli Badar yang diberikan oleh Rasulullah. Seolah-olah kita semua tidak beriman dengan hadis ini. Seolah-olah hadis nabi ini salah. Sememangnya betul ada hadis nabi yang disabdakan tentang pengusiran sebahagian para sahabat nabi di Haud di akhirat nanti. Tetapi tidak pula di tentukan sahabat mana yang diusir. Akan tetapi Syiahlah yang mengkhususkan sahabat itu sahabat ini yang kena usir disebabkan mereka ini murtad dari Islam.

Kita pernah tengok saban hari di dada-dada akhbar, Hizbullah cukup menyengat di medan jihad. Jasa yang diberikan oleh pertubuhan ini bukannya kecil. Bantuan ketenteraan, pakaian dan wang ringgit yang dihulurkan oleh Hizbullah menjadikannya mulia di mata masyarakat dunia. Adakah kita semua sedar bahawa semua perkara kebaikan ini dilaporkan oleh Reuters, AFP dan lain-lain. Bukankah mereka semua ini adalah alat barat dan agen Zionis? Bagaimana mereka boleh melaporkan sesuatu yang baik tentang musuhnya? Sedangkan ayat al-Quran menyatakan bahawa Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan redha dengan kita umat Islam sehingga kita mengikuti mereka. Saya tidak mahu menghukum apa-apa dan saya kembalikan perkara ini kepada Allah Taala dan para sahabat sekalian untuk direnung dan difikirkan.

Bagi saya, saya cukup bingung dengan perkara ini, bingung. Antara beriman dengan hadis nabi atau meredhai para sahabat dimaki dan dicerca. Aku bingung, pening, keliru dan semuanya. Tolong aku sahabat.........

2 comments:

Anonymous said...

salam sheikh, Nabi s.a.w tidak tinggalkan ummatnya buta2 tanpa pembimbing.Jika sheikh seorang pencinta kebenaran, kajilah secara adil, jangan bias. Janganlah melihat kerajaan kelantan melalui kaca mata utusan semata2 dan janganlah melihat BN melalui Harakah semata2.Jadi, kajilah2 kedua2nya secara adil, jangan sampai terlalu taksub kepada mereka yang bergelar sahabat, sehingga terlepas pandang mengenai kezaliman yg menimpa keluarga rasul setelah baginda wafat.Siasatlah mengapa kubur Fatimah r.a tidak diketahui hingga hari ini,bagaimanakah fathimah syahid? kenapakah saidina hussein bangkit menentang yazid? apakah itu peristiwa karbala? apakah itu peristiwa hurrah (Makkah dan Madinah diserang tentera Yazid)?.Kajilah secara teliti dan adil.mudah2an Allah membuka kebenaran. Hadith sahabat di haudth itu terdapat dalam shahih bukhari.sila buka n rujuk satu persatu.jika sayangkan sahabat juga, siasatlah bagaimana Muhammad Bin Abu Bakar (Anak kepada Saidina Abu Bakar) syahid? Siapakah yg meracuninya? atas alasan apa? maka mereka2 itu bukan setakat sahabat, bahkan anak dan cucu kepada rasulullah s.a.w.dlm kita ghairah mencintai sahabat, jangan terlepas pandang ada sahabat bahkan keluarga baginda yg tertindas dan dizalimi.semoga Allah membimbing kita semua

Sabri said...

Salam Anonymous,

Sirah tu tak de masalah di pihak sunnah berbanding pihak syiah. Saya kira byk prasangka negatif natijah pembacaan saudara berdasarkan sirah itu. Dalam Islam kesahihan maklumat itu yang paling penting bg menjaga pengertian sebenar wahyu - AQ & AS. Berbanding hadith, sirah tidak mempunyai talian periwayatan & penapisan cerita yang sekurang2nya setara. Jadi sesuatu isu tidak perlulah dipolemikkan untuk suatu maklumat yang tidak kuat kebenaran ceritanya. Ambillah yang yakin tinggalkanlah yang ragu.