Assalamualaikum. Semoga kawan-kawan sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah Taala. Lama gila saya tak menulis. Mungkin ada sahabat-sahabat tertanya-tanya kenapa saya begitu lama tidak menulis. Atau mungkin sahabat-sahabat tak tahu yang saya sudah lama tak menulis. Atau pun mungkin para sahabat sekalian tak menyedari langsung yang saya pernah menulis dan memiliki blog peribadi. Apa pun tanggapan sahabat sekalian saya ambil berat sangat dan yang penting sekarang saya akan mula menulis semula sekadar termampu. Memang la pada mulanya nampak macam aktif gila. Tapi kalau gila sangat aktifnya maka ia akan jadi pasif gila. Betul lah kata ulama sebaik-baik perkara itu adalah pertengahannya. Macam makan la. Terlebih makan, penyakit datang. Kurang makan zat pula tak cukup. Apa-apa pun ingat pesan nabi; makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Berbalik kepada permasalahan blog ni. Memang lama saya tak menulis. Banyak perkara yang menyebabkan blog saya menjadi pasif. Dengan kesibukan yang datang secara tiba-tiba, atau pun secara dibuat-buat, semuanya menyebabkan penulisan blog menjadi terbantut dan seterusnya menjadi fitnah pula kepada saya. Mungkin terlintas di benak pembaca; "dulu nampak cam poyor sangat menulis, tiap-tiap minggu update blog, tapi sekarang blog yang update dia balik". Hehehheee!! Ini hanyalah tanggapan dan sangkaan sahaja. Tapi sangkaan dan jangkaan sebeginilah yang selalu diterima pakai oleh sesetengah manusia sehingga tersebarnya fitnah dan permusuhan. Benarlah firman Allah Taala dalam surah al-Hujuraat ayat ke 12 yang menyatakan bahawa sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Jadi marilah kita bersama-sama bersangka baik sesama kita. Moga-moga Allah akan merahmati dan mengampuni kita semua.
Dalam tempoh beberapa bulan kepasifan saya dalam menulis blog ni, banyak perkara yang berlaku. Terlalu banyak peristiwa yang terlakar. Insya-Allah saya akan cuba mengisahkan pengalaman saya sepanjang tempoh tersebut. Saya akan memaksa memori saya untuk mengingati beberapa peristiwa. Akan tetapi RAM saya ni dah mula berkurang dan tak sampai 256 MB dah. Jadi tidak boleh mengharap lebih dari saya nanti.(apa yang aku cakap ni? Macam la ramai sangat orang baca blog aku). Apa-apa pun saya Cuma mahu berkongsi apa yang terbuku di benak saya dengan kawan-kawan semua. Cuma itu sahaja. Kalau ada yang baik tu boleh lah dijadikan panduan. Tapi kalau benda yang 'entah apa-apa' tu, lupakan sahaja la.
Akhir kata saya harapkan doa dari sahabat-sahabat semua agar saya thabat (teguh) dalam arena ini. Kerja lain saya tak buat dah. Cuma nak tumpu pada bidang penulisan pula. Insya-Allah. Semoga doa saya dimakbulkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment