Assalamualaikum. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan pendamping hidup banyak membantu meringankan beban saya sebagai suami.Soal kewangan merupakan perkara yang amat penting lebih-lebih lagi ia melibatkan dalam persoalan nafkah. Nafkah merupakan kewajipan suami sebagai ketua keluarga terhadap isteri dan anak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri kerana sudi meminjamkan sebahagian hasil pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sekeluarga.
Kini hidup saya telah berubah. Saya telah diberikan oleh Allah rezeki yang bagus dan mampu menjalankan tugas sebagai suami dengan sepenuhnya. Segala pemberian isteri, saya mengiranya sebagai hutang. Alhamdulillah, semuanya dapat saya bayar dan telah meminta izin dari beliau untuk menghalalkan sekiranya terdapat kekurangan.
Aku amat bersyukur pada mu Ya Allah. Akan aku terus berusaha untuk mengurangkan dosa dan melipat gandakan pahala. Ampunilah dosa ku dosa isteri ku dan kedua ibu bapa ku serta kasihilah keduanya seperti mana mereka mengasihi ku sewaktu kecil ku.
No comments:
Post a Comment