Tuesday, December 28, 2010

Semoga Cepat Sembuh

Sedang asyik membelek 'posting' kawan-kawan di FB, saya terbaca pos terkini sahabat saya Abu Ammar. "Ha! Amru masuk wad!", getus hati saya. Saya terus menghubungi beliau untuk bertanyakan khabar. Setelah beberapa kali gagal dihubungi, akhirnya panggilan saya dijawab.

"Mat, Amru apasal?", tanya saya. "Demam Nub, "hi temperature & fit". Masya-Allah! Ingatan ku terus melayang dua tahun lalu. Semoga Amru cepat sembuh dan kembali sihat dan cergas.

أسأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يشفي عمرو ومرضانا ومرضى المسلمين

Kepada Abu Ammar sekeluarga, semoga Allah memberikan ketabahan dan tenang menghadapi ujian ini ujian ini. Kami sekeluarga amat memahami mu.

Wednesday, December 22, 2010

Hutang Yang Mesti Dilunaskan

Assalamualaikum. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan pendamping hidup banyak membantu meringankan beban saya sebagai suami.Soal kewangan merupakan perkara yang amat penting lebih-lebih lagi ia melibatkan dalam persoalan nafkah. Nafkah merupakan kewajipan suami sebagai ketua keluarga terhadap isteri dan anak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri kerana sudi meminjamkan sebahagian hasil pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sekeluarga.

Kini hidup saya telah berubah. Saya telah diberikan oleh Allah rezeki yang bagus dan mampu menjalankan tugas sebagai suami dengan sepenuhnya. Segala pemberian isteri, saya mengiranya sebagai hutang. Alhamdulillah, semuanya dapat saya bayar dan telah meminta izin dari beliau untuk menghalalkan sekiranya terdapat kekurangan.

Aku amat bersyukur pada mu Ya Allah. Akan aku terus berusaha untuk mengurangkan dosa dan melipat gandakan pahala. Ampunilah dosa ku dosa isteri ku dan kedua ibu bapa ku serta kasihilah keduanya seperti mana mereka mengasihi ku sewaktu kecil ku.

Kembali

Assalamualaikum para sahabat sekelian. Lama sekali saya tidak menulis sesuatu di blog ini. Sepi dan tandus. Walaupun terlalu banyak perkara yang berlaku dan dialami, namun tangan ini tetap keras untuk menulis sebaris dua. Walau apa pun yang berlaku sama ada ia pahit atau manis, saya tetap bersyukur kepada Allah kerana semuanya itu adalah pemberian Allah Taala jua. HasbunaLlah wa ni'mal wakil.